Showing posts with label about us. Show all posts
Showing posts with label about us. Show all posts

Monday, 22 November 2010


Sejarah Penubuhan PPIM

Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah diasaskan pada tahun 1990 dan berfungsi sebagai badan profesional yang mengumpulkan doktor-doktor muslim dari sektor kerajaan dan swasta. Jumlah keahlian PPIM kini telah meningkat kepada ribuan ahli, dari pegawai tempatan ke pakar perunding, profesor dan dekan-dekan fakulti perubatan. Juga ahli bersekutu dari profesion pergigian, persekutuan kesihatan, staf paramedik , jururawat, dan pelajar perubatan.

PPIM mengadakan kerja-kerja berasakan Islam di luar skop kerajaan dan sektor perubatan swasta. Banyak cawangan telah ditubuhkan di universiti-universiti tempatan dan juga universiti-universiti luar negara dengan tujuan menyatukan pengamal perubatan professional dan pelajar-pelajar di bawah satu persatuan. Berikutan peningkatan jumlah pelajar perubatan di Russia, PPIM-Moscow Student Chapter (PPIM-MSC) di Russia telah bersatu di bawah satu bumbung dan satu lagi cawangan baru telah dilancarkan dan dikenali sebagai PPIM-Russia Student Chapter (PPIM-RSC).

PPIM-MSC telah mengadakan mesyuarat agung tahunan buat pertama kalinya pada tahun Mac 2006. Sepanjang penggal 2006-2010 pelbagai aktiviti telah diadakan di Malaysia dan juga di Moscow sendiri.

Dengan penubuhan organisasi baru untuk sesi 2011-2013, PPIM-MSC telah pun mengambil keputusan untuk  memfokuskan persatuan ini kepada bidang perubatan bagi melahirkan graduan-graduan daripada Russia yang berkualiti dan berkhidmat untuk ummah.