Saturday, 30 April 2011

Bukan Zaman Abrahah




Alhamdulilah Program Palestine Aqsa Syarif yang telah berlangsung beberapa minggu yang lalu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelajar-pelajar Moscow.Rata-rata pelajar menyatakan rasa kesedaran kemanusian dan persaudaran mereka terhadap isu Palestine, di samping mendapat pelbagai info yang menarik tentang Palestine. Namun, haruskah kesedaran dan tindakan sebaik sahaja program ini melabuhkan tirainya?

Masihkah kita ingat lagi, kisah tentera bergajah Abrahah yang dimusnahkan oleh burung- burung Ababil. Ya, kisah raja Abrahah yang datang dari Yaman bersama tentera bergajah semata-mata mahu meruntuhkan Kaabah yang menjadi sanjungan penduduk Arab dan juga sebagai tempat untuk beribadat.

Kerana perasaan iri hati atas kemakmuran Kaabah raja Abrahah mengambil keputusan untuk meruntuhkan Kaabah dan ingin memesongkan mereka dari Kaabah dan berpaling kearah gerejanya yang besar dan mewah.Betapa bersungguhnya Raja Abrahah untuk menghapuskan Kaabah sehingga sanggup mengimport gajah-gajah dari kawasan Afrika.Sebelum memasuki Mekkah, ia berhasil merampas 200 ekor unta milik pemimpin kota Mekkah, tidak lain adalah Abdul Muttalib, datuk kepada Rasulullah SAW. Ketika Abrahah memasuki kota Mekkah, datanglah Abdul Mutallib untuk berunding, dengan menyedari niat Abrahah untuk meruntuhkan Ka’abah. Abrahah dengan penuh hormat menyambut dan memuliakannya. Lalu ia meminta Abdul Mutallib mengambil tempat duduk disampingnya, kerana ia sangat menghargai dan menyeganinya sebagai pemimpin kota yang mulia. Abrahah bertanya kepadanya,
“Anda perlu apa, wahai Abdul Mutallib?” Abdul Mutallib menjawab, “permintaanku adalah agar dikembalikannya 200 ekor untaku yang telah dirampas.”
Abrahah terkejut, kerana yang disangkakan permintaannya adalah agar tidak menghancurkan Ka’abah. Abrahah berkata,
“Apakah engkau hanya sibuk memikirkan 200 ekor untamu yang dirampas? Sementara terhadap Baitullah yang menjadi symbol agamamu dan agama nenek moyangmu tidak engkau pedulikan?” Abdul Mutallib menanggapi dengan ungkapannya yang popular, “Sesungguhnya, aku hanya pemilik unta-unta itu, sedangkan Baitullah itu empunya Rabb, yang akan menjaganya..”

Penduduk Mekkah menunjukkan sikap tidak proaktif dan pasif. Mereka langsung tidak mempunyai keinginan atau berusaha untuk mempertahankan Kaabah, malah menyerahkan hal tersebut sebulat-bulatnya kepada Tuhan Kaabah. Timbul persoalan, mengapa burung-burung Ababil tetap turun kepada kaum yang mempunyai sikap pasif dan pengecut? Sebabnya, sudah menjadi Sunatullah dalam memusnahkan kaum yang zalim dengan perkara-perkara yang ajaib, sebelum kelahiran Manusia Agung. Namun demikian, hanya berselang 50 hari setelah pemusnahan Abrahah dan pasukannya, Allah memberikan syariat baru dalam membinasakan orang-orang zalim, bertepatan dengan kelahiran Rasulullah SAW. Peristiwa ‘tentera bergajah’ merupakan peristiwa terakhir dalam menolong agama Allah dengan cara yang luar biasa. Setelah itu, syariat tersebut ditegakkan dan sering bergema dengan jelas dalam bacaan-bacaan solat kita :


“Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membantu (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu, dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad : 7)
Mahukah kita menjadi seperti penduduk Makkah yang pasif dan tidak mahu mempertahankan Kaabah? Inilah yang dikatakan “defect product”, masyarakat yang rosak dan tidak peduli dengan keadaan sekeliling. Mereka terlena terlalu lama akibat dibuai oleh jahiliah-jahiliah yang bersarang sejak keturunan nenek moyang lagi. Jika kita tidak mengubah diri sendiri dan masyarakat sekeliling atau juga jika kita tidak bangkit mempertahankan Islam, maka kita sendirilah yang akan hayut dibawa oleh arus masyarakat dan enviroment yang sudah jauh lari dari Islam sekarang.Sudah tentu kita jugalah yang akan menyumbang kepada pembentukkan masyarakat yang rosak atau “defect product”.Dengan kata mudah, jika kita tidak mendidik diri sendiri, maka environment dan masyarakat yang rosaklah yang akan mendidik kita.
Islam bukanlah agama yang ajaib.Bukankah Islam adalah satu-satunya agama yang diterima Allah SWT? Benar, tetapi Allah SWT tidak akan menurunkan pertolongan sewenang-wenangnya kepada hambaNya tanpa ada amal,usaha atau kerja keras.Jika kita telah mempersembahkan amal dan kerja keras, nescaya Allah SWT akan menurunkan pertolongan seperti Burung Ababil untuk menghapuskan musuh Islam.Inilah sunnatullah yang telah Allah tetapkan untuk umat akhir zaman, ummat Rasullah SAW. Islam akan tertegak dengan setiap perjuangan dan kerja keras umat Islam.

Dalam sirah-sirah peperangan Baginda,seburuk-buruk generasi adalah orang-orang kafir yang dipimpin oleh ‘firaun umat ini’, iaitu Abu Jahal. Mereka telah memerangi generasi umat terbaik yang pernah hidup di muka bumi yang berada dibawah petunjuk baginda Rasulullah SAW dalam peperangan pertama umat Islam; Perang Badar. Namun demikian, ‘Burung-burung Ababil’ tidak juga kunjung turun menghapuskan kaum kafir dan mencegah pertempuran terjadi. Sedangkan pasukan Baginda berlipat-lipat kali lebih mulia di sisi Allah dibandingkan dengan penduduk kota Mekkah ketika diserbu AbrahahSehinggakan baginda dan orang-orang beriman berkata
“bilakah datang pertolongan Allah?”( Al Baqarah:214)
Setelah melalui penderitaan, luka yang mengoyak, darah yang bersimbah, dan gugurnya satu demi satu syuhada, barulah pertolongan Allah hadir di medan jihad.Namun setelah mereka memenuhi bahagian mereka dari perjanjian. Allah pasti akan memenuhi pula bahagianNya.
“Wahai orang-orang yang beriman!Jika kamu menolong agama Allah , nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu .”( Muhammad : 7)
Berapa ramaikah diantara kita yang tidak mahu ambil tahu tentang kewajiban seorang muslim dan tanggungjawabnya.Berapa ramaikah diantara kita yang hanya berpeluk tubuh tanpa menitiskan setitik peluh sedangkan penduduk Palestine bermati-matian mempertahankan agama ini
Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Qur’an, akan dapat mengubah situasi di Gaza.Haruskah kita bersikap seperti Abu Mutalib?Sudah tentu, itu yang bukan kita mahukan.Burung-burung Ababil’ tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung.Ingat tawakal itu terletak pada hati bukannya pada anggota badan sahaja. Walaupun sudah bertawakal namun amal dan usaha tetap harus diteruskan .Dan ingatlah, sungguhpun usaha Abrahah untuk menghancurkan Ka’abah telah memurkakan Allah dengan kiriman AbabilNya, namun dosa menghancurkan Ka’abah dengan cara melepaskan satu persatu batunya adalah lebih ringan di sisi Allah berbanding mengalirnya darah mulia seorang muslim
Rujukan :

Tafsir Fi Zilal Al-Qur’an
Bukan zaman Abrahah, oleh Dr. Raghib As-Sirjani


di sunting daripada:

No comments:

Post a Comment