Sunday, 10 April 2011

Hanya Untuk Palestin

Jangan Pernah Padam
Sepanjang trilogi palestin yang berlangsung, ini adalah persepsi saya !

Trilogi Palestin - kreatif dan menarik

Vol I : Palestin Kita Punya

'Palestin' merujuk kepada sebuah negara yang didiami oleh sekelompok masyarakat (tidak kira berlainan agama dan jantina). Kehidupan di palestin suatu masa dahulu (sebelum dijajah rejim Zionis) adalah kehidupan masyarakat yang harmoni dan terjamin hak mereka (yang terdiri daripada masyarakat muslim, masyarakat Kristian dan masyarakat Yahudi). Hal ini disebabkan oleh sistem pemerintahan islam yang adil (sesuai dengan wahyu Allah dan ajaran Rasulullah). Kehidupan di Palestin sekarang ? (anda dapat lihat sendiri). Palestin suatu tanah milik umat islam (sirah islam yang panjang dengan pelbagai kisah kedatangan utusan Allah di tanah ini)

'Kita' merujuk kepada setiap makhluk berakal yang bernyawa.

'Punya' merujuk kepada ketegasan dalam memiliki dan keperluan untuk mengembalikan dan menyempurnakan hak mengikut yang sepatunya.

Vol II : Keimanan & Persaudaraan

'Keimanan' merujuk kepada keyakinan kita sebagai umat islam terhadap Allah (termasuk segala yang datang daripada Allah : undang-undang-Nya, Rasul-Nya, etc). Termasuk juga keyakinan terhadap janji Allah akan terbebasnya bumi Palestin daripada kezaliman musuh islam kelak.

'& (dan)' merujuk kepada satu penghubung dan ikatan antara penyataan/ayat sebelum dan selepasnya. Ini bermaksud, kedua-dua ayat sebelum dan selepasnya perlu seiring dan tidak dapat dipisahkan

'Persaudaraan' merujuk kepada ikatan hati (lebih halus), di atas basis keimanan. Persaudaraan atas dasar islam amat berbeza dengan persaudaraan berteraskan duniawi (atas dasar keuntungan sesuatu pihak, atas dasar minat yang sama, atas dasar 'takut hilang kawan', atas dasar ketinggian martabat, etc). Sirah membuktikan persaudaraan yang terjalin atas dasar islam dan iman telah mengubah corak kehidupan masyarakat muslim dan sekitar khususnya, masyarakat dunia amnya. Kekuatan dan kegemilangan umat dihasilkan melalui keimanan dan persaudaraan. Isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan atau pun isu yang hadir dengan rasa simpati, bahkan ianya suatu isu besar bagi kita yang mengaku sebagai muslim. Ianya suatu isu yang menguji konsep keimanan dan konsep kita bersaudara.

Vol III : Palestin Kami Peduli

'Palestin' sekali lagi disebut dan diulang dalam minggu yang ketiga, menyebabkan saya tersentak sekali lagi. Ini menandakan ianya sesuatu yang serius (memandangkan hal-hal yang serius, selalunya akan diulang dan diulang. Ini juga suatu tanda bahawa saya dan kita sering melupakan isu besar ini)

'Kami' merujuk kepada bilangan yang ramai. Bukan seorang (individual) yang perlu merasakan kesusahan dan keperitan hidup mereka, bahkan perlunya kita (dalam bilangan yang ramai) yang perlu merasai bebanan ini bersama-sama. Sambil membayangkan situasi-situasi genting (na'uzubillah) yang melanda sanak saudara kita yang kita sayangi, adakah terdapat perbezaan perasaan itu dengan perasaan kita terhadap penduduk negara Palestin ? Kami juga merujuk kepada kita. Benar! Kitalah (tidak ada yang lain) yang perlu berjuang bersama-sama mereka, penduduk bumi subur Palestin dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan islam yang tercalar dek rejim Zionis.

'Peduli' sebagai permulaan dan pendorong kepada tindakan kita untuk menggerakkan seluruh tubuh dan switch on suis akal kita supaya sentiasa berfikir dan seterusnya mengerah keringat untuk sumbangkan sesuatu mengikut kesesuaian dan situasi medan kita berada, serta kemampuan yang optimum. Ingatlah salah satu pesanan rakyat Gaza kepada masyarakat dunia. "Apa yang anda(kita) boleh lakukan adalah fahamilah islam yang sebenar". Kerana itulah salah satu khazanah umat islam yang telah hilang/dipadam sejak zaman berzaman.

Akhir penulisan, Alhamdulillah. Semoga Allah terus menerus mencurahkan segala hidayah dan petunjuk, serta jalan kepada kita untuk beramal, seterusnya membantu (dengan pelbagai cara apapun) mereka yang sedang berhempas pulas melindungi tanah kita.

Ya.. tanah Palestin, tanah kita bersama ~


http://hanyauntukpalestin.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment