Friday 8 April 2011

''Oh God You got to make it stop!''

tidak, itu bukan kata-kata saya. cuma dari earphone (dalam bahasa melayu nya apa ya?) ni hah yang keluar.
-_-''


tapi ya kan, kita mahu Allah hentikan semua yang tidak enak. yang tidak kita suka. idealnya, kita hanya mahu menutup mata dan dunia akan dipenuhi oleh pelangi ,belon beterbangan dan kanak-kanak yang tersenyum riang. Jika dan hanya jika, kita bisa terbang, bangun pagi,gosok gigi dan kita mulakan penerbangan keliling dunia, nescaya yang bakal di lihat ialah tsunami dan kesan radiasi di negara matahari terbit Jepun, ke politikus skandal pengaiban orang itu dan ini di Malaysia tercinta, ke apple store yang bakal dibuka di moscow (sengaja nak highlight berita 'buruk' ini), ke kebangkitan suara rakyat kesan domino di timur tengah, ke kegawatan eknonomi nun di barat Amerika. Kekacauan dan kemusnahan berlaku dari mula sampai akhir. kita yang menjadi saksi kepada segala peristiwa ini, peluh besar. Pening kepala, tak tahu apa yang bakal terjadi lagi.


insyallah kita ni orang yang baik. tidak lah kita pergi mencuri, merampok makcik tua, memalukan orang itu dan ini, sengaja melanggar makcik yang berjalan lambat bila kita bekejaran. Memang fitrahnya manusia itu sukakan kebaikan. kalau dia orang bersifat histrionic, narcissist, individualistik, 'compartmenlistik' sekalipun, mereka tak akan suka kalau hak mereka dipijak pijak. mereka benci juga orang yang buat jahat ini. Rata-rata akan bersetuju yang mereka tidak jahat, membunuh orang sesuka hati, merampas harta kepunyaan jiran, dan sebagainya. Lalu kita tidur dengan senang hati 'oh, hidup aku baik, aku tidak buat jahat pada orang, orang pun tak buat jahat dengan aku'.


hemmm


betul ke kita baik?


hemmm


kita bangun tidur lagi. buka akhbar ''metro'' percuma di station metro, ''moscow times'' atau satu lagi akhbar inggeris percuma yang boleh didapati di McD terutamanya (note: sila boycott McD, tapi ambil akhbar boleh) , layari internet, baca aljazeera, BBC, Reuters, Eramuslim, Berita harian, Russian Today dan sebagainya. oh pening kepala kembali. serabut lagi dengan berita hari ini. isu semalam tak habis lagi, dah datang kekacauan baru.


''Oh God You got to make it stop!'' ....for them. (iya la, kita kan orang baik. Mestilah mahu kesejahteraan buat mereka)


bangun dari kerusi, kita pergi meneruskan hari kita yang rutin itu. semalam, hari ini, besok, sama sahaja agenda kita. esok baca akhbar, berita yang sama ada lagi. sampaikan kadang-kadang kita yang bosan. eh tak ada berita lain ke?


''Oh God You got to make it stop!''


isu palestin. ''ohhhhhhhhhhhhh'',, keluh hati kamu, ''Palestin lagi .......''. Saya faham, memang itu reaksinya 'Palestinnn lagi......''. Sejak saya sekolah rendah masa baca komik 'kawan' dah ada kartun pasal palestin (tapi saya belum faham la apa masalah di sana), kemudian pertama kali menulis di kolum akhbar sekolah, pun saya tulis pasal palestin. saya tak pasti apa masalah sebenarnya disana, yang saya tahu, ada anak kecil dan wanita yang dibunuh. Bila di pusat persediaan, ada ceramah kesedaran Palestin, emm palestin lagi... masa tahun ke-3 bingit orang marah sebab israel memuntahkan fosforus putih ke rakyat palestin yang menyebabkan 'burn' tahap 3-4. Sampaikan doktor tak tahu hendak sembuhkan macam mana. (Fosforus putih diharamkan pengunaan dan pembuatannya oleh emm PBB rasanya) tahun lepas, orang hangat bercakap pasal 'Freedom Flotilla' yang ditahan dari menyampaikan bantuan ke Gaza, tahun ini bulan mei akan datang 'Freedom Flotilla 2' ..oh..


tak faham. kenapa isu palestin tak dapat nak selesai lagi ni?!


























''Oh God You got to make it stop!''


di situlah masalahnya. bila ada masalah, tuhan sahaja yang selesaikan masalah? sifirnya mudah. KITA kerja sehabis mungkin, kemudian berdoa pada TUHAN. Masa peperiksaan, kita diberi beberapa masalah untuk diselesaikan. lalu kita buat apa? ''Oh God You got to solve this for me'' dan berharap pena akan terangkat ,berpusing-pusing diudara dan menulis jawapan kepada variant kita tadi? tidak kawan, ini bukan harry potter. kamu pun tahu, yang hendak tak hendak, tahu tak tahu, kertas jawapan mesti diisi, lepas tu kita doa untuk apa sahaja yang terbaik. Mudah untuk kita fahami aplikasi sifir ini bukan. Tang isu palestin, mengapa kita tidak memahaminya dengan cara yang sama.


Jika kita mampu faham bahawa setiap permasalahan di dewan peperiksaan memerlukan tangan untuk diangkat,menulis dan kemudian berdoa. Begitu juga isu palestin memerlukan umat islam yang BERTINDAK dan kemudian berdoa. Isu palestin tak akan selesai hanya dengan kita berkata ,


'Oh God You got to make it stop!''


tapi, perlu KITA untuk bangun dari kerusi empuk lagi selesa itu untuk berbuat sesuatu! Islam bukan agama magik ya, kawan. Islam tidak tertegak hanya dengan ahli sufi yang mengasingkan diri dari masyarakat, berdoa sepanjang hari dan meninggalkan seruan jihad melawan musuh. Rasulullah pun tak pernah duduk lepak, berdoa pada Allah agar agama ini, satu hari berjaya, tanpa dia perlu berbuat apa-apa. Tidak, Nabi kesayangan kamu dan saya itu, patah giginya di Uhud, cedera juga di Badar.


Isu Palestin tak akan selesai hanya dengan kita berdoa dan berharap kepada hari yang lebih indah di masa depan. Kita mesti buat sesuatu. MESTI. baru Allah akan bantu dan turunkan kemenangan. Banyak yang boleh kita buat, dari sebarkan kesedaran, ke tulis blog (chewah), ke tak bagi duit untuk israel beli peluru bunuh saudara kita (boycott), ke pembentukan individu muslim ah penat menulis sebab banyak. But you get the idea, no?


''tapi kenapa perlu kita semangat lebih-lebih dengan palestin ni. tempat lain pun sama juga,''


Surah hujrat : 10.. sesungguhnya orang mukmin itu BERSAUDARA. tadi awal-awal kan kata, kita bukan orang jahat. kita orang baik. kita tak bunuh orang. kita tak merompak. kita peduli jiran kita. mungkin ada eloknya jika kita tenung sejenak, sebelum merasakan yang kita 'baik'...


melihat saudara sendiri dizalimi tapi tak simpati. jahat bukan?
kita sedih tak melihat saudara palestin kita dirobek dagingnya oleh peluru klashnikov itu.


berkomplot merompak harta benda orang. jahat kan?
duit kita, membeli barangan yang memang CEO dia sendiri cakap kepada para pelanggan,terima kasih kerana membantu kami membantu israel. .ala israel yang merampas dan meranapkan rumah pemilik asal tanah Palestin itu.


Rasa cinta dan persaudaraan itu berkait rapat dengan iman kita. rakyat palestin itu semua saudara kita. kalau tak rasa bersaudara dengan palestin, mungkin dengan kadar segera semak balik status iman kita.


kita kan orang baik semuanya. saya tahu, KITA PEDULI PALESTIN kan. :) Moga Allah bersama dalam setiap usaha kita. nanti dekat syurga, boleh la kita sembang-sembang.. 'eh kau ingat tak dulu, kita kerja sungguh-sungguh selamatkan palestin.. haaa kan Allah dah bagi hadiah ni ' fuh!


http://dorayaki-dora272.blogspot.com/2011/04/oh-god-you-got-to-make-it-stop-tidak.html

No comments:

Post a Comment