Thursday 13 October 2011

Greetings from the President

                                                                                                                                                 Bismillah..

Zikir dan takbir pada Allah SWT, segala puji hanya bagiNya.

Bermula pada tahun 2005, inisiatif beberapa pelajar Muslim untuk bergerak dalam satu wadah Muslim di bumi Russia ini telah membawa kepada penubuhan PPIM, dengan kesemua 5 universiti di Russia ini mempunyai chapter masing-masing. Pada tahun 2007, di bawah kepimpinan Mohd Afiq bin Mohd Nor, MMA Student Chapter dan RSMU Student Chapter telah bergabung di bawah PPIM-Moscow Student Chapter, yang kemudian diteruskan oleh saudara Syazwan Maamin bagi tempoh 2009-2011.



Di sebalik kepimpinan, peristiwa dan program yang silih berganti, hasrat dan harapan PPIM tetap sama, yakni membawakan moto Hidayah, Syifa’ wal Rahmah itu hidup kepada ahli-ahlinya, yakni dalam konteks Moscow, semua Muslim dalam jurusan perubatan khususnya dan Muslim Malaysia di Moscow amnya.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas dalam penganjuran Program Kerjasama AQSA SYARIF EUROPE TOUR 2011 bersama 5 buah organisasi pelajar Malaysia lain di sekitar Eropah dan NGO Palestin Aqsa Syarif , di mana penghayatan dan perjuangan isu Palestin diketengahkan dalam sudut yang sangat unik. Pelajar didedahkan bahawa isu ini bukanlah sekadar pertempuran senjata antara kedua pihak, merebut sebarangan tanah, sebaliknya ia adalah ketukan terus kepada kondisi umat Islam hari ini yang memerlukan pembangunan diri, sahsiah dan keprihatinan yang tinggi. Pertempuran ini adalah perancangan yang Maha Esa untuk menyeru setiap jiwa dari umat ini, untuk menjadi lebih dari sekadar professional, sebaliknya menjadi individu SUPER yang turut sama membangunkan ummat dengan kecemerlangan dalam bidang masing-masing. 



Melihat nama “Perubatan” sebagai satu komponen utama dalam wadah ini, adalah dirasakan wajar untuk PPIM menjadikan aktiviti memperkasa penguasaan akademik sebagai core business’.  

Sehubungan dengan itu mulai Oktober 2011, jawatankuasa tertinggi PPIM telah sebulat suara membubarkan biro Dakwah dan Tarbiyyah untuk diserapkan ke dalam Biro Akademik , sebagai biro terbesar dalam jawatankuasa ini. Diharapkan perubahan ini dapat menggerakkan lebih banyak lagi aktiviti ilmiah melalui PPIM kearah melahirkan graduan kita yang berkredibiliti.

Untuk makluman semua, di banyak cawangan IMAM/PPIM Student Chapter , pelajar-pelajar junior/pra-klinikal adalah penggerak utama kepada program-program mereka. Dengan itu jawatankuasa PPIM juga mengalu-ngalukan penyertaan lebih ramai pelajar tahun 1-3 untuk sama-sama menyumbang secara langsung dan tidak langung kepada aktiviti-aktiviti PPIM. Satu external committee ,yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 6 yang cemerlang telah dibentuk bagi menggubal dan merundingkan aktiviti-aktiviti perubatan yang lebih bermanfaat dan menampung segala bentuk kekurangan dalam sistem pembelajaran kita di sini. Kerjasama, cadangan dan kritikan dari semua ahli adalah sangat dialu-alukan, doa kita pada ALLAH SWT agar segala perancangan dan perlaksanaan mendapat redha dan berkah dari ALLAH SWT. 

Wallahua’lam.





Mohd Hazrul Hazwan bin Badrul Hisham
Pengerusi PPIM MOSCOW 2011-2012




No comments:

Post a Comment